TIGA SUARA MENYUARAKAN ‘AMPUNKANLAH’
”Ampunkanlah” merupakan sebuah lagu genre “positive rap” hasil kolaborasi penyanyi dari tiga negara iaitu Ibnu the Jenggot (Indonesia), B-Heart (Malaysia) dan Adeep Nahar (Singapura). “Ampunkanlah” dicipta oleh Malique dan Tripdisz manakala lirik pula ditulis oleh Malique, Ibnu the Jenggot dan B-Heart. Mesej yang ingin dibawa ialah hidup manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jadi janganlah kita sesekali berhenti daripada meminta ampun dan maaf bukan setakat sesama manusia tetapi dengan-Nya juga.
Menyentuh sedikit mengenai penyanyi-penyanyi “Ampunkanlah”, Ibnu The Jenggot merupakan seorang rapper terkenal dari Indonesia yang sering memuatnaik video-video nyanyiannya di Youtube. Di samping lagu-lagu original, banyak juga lagu-lagu Malique Ibrahim yang dinyanyikannya semula. Melihatkan minat beliau terhadap karya-karya Malique, beliau kemudian diterbangkan khas ke Malaysia untuk menjayakan projek kolaborasi istimewa ini.
PRESS RELEASE
Peluang keemasan ini tidak ditolak Ibnu The Jenggot kerana kolaborasi sebegini telah lama diimpikannya.
B-Heart pula merupakan seorang rapper yang sedang mengukir nama di Malaysia. Bermula dengan penglibatannya dengan YMY Fam, kini B-Heart merupakan rapper terbaharu yang disunting untuk bernaung sepenuhnya di bawah Sony Music Malaysia. Selain menyanyi rap, B-Heart mahir di dalam penulisan lirik. Selain Ampunkanlah, antara lirik lagu terkini yang ditulis oleh B-Heart ialah Warna-Warni Dunia nyanyian Amy Mastura dan juga dirinya sendiri.
Adeep Nahar pula seorang penyanyi kelahiran Singapura yang telah lama mengukir nama di Malaysia. Beliau pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats bersama Cat Farish sebelum bergerak solo. Kini, selain menjadi seorang guru vokal, Adeep Nahar banyak menyanyikan lagu bergenre ketuhanan dan baru-baru ini beliau baru sahaja memenangi tempat kedua di dalam program realiti Gema Gegarvaganza (GGV) musim yang kedua.
Proses rakaman lagu “Ampunkanlah” ini hanya mengambil masa 3 hari. Menurut Ibnu The Jenggot, B-Heart dan Adeep Nahar sendiri, mereka berasa amat bersyukur dan teruja kerana gabungan ini ternyata menjadi. Selain daripada mengeratkan silaturahim antara mereka yang berlatar belakangkan negara yang berlainan, lagu ini diharap dapat mengeratkan kerjasama antara penggiat-penggiat industri muzik dari tiga negara serumpun ini. “Kami berharap agar karya ini diterima umum dan kekal di dalam sanubari semua yang mendengarnya” ujar mereka bertiga.
Semasa sesi rakaman, mereka sama-sama mencurahkan idea bagi mendapatkan hasil yang baik. Bercerita mengenai lirik lagu “Ampunkanlah” Ianya cetusan idea dari producer lagu ini. Tulisan saya pula ditulis mengikut idea asal. Saya menambah sikit dari pengalaman saya sendiri”, kata B-Heart.
Lagu “Ampunkanlah” boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music dan Spotify. Dengarkan juga lagu “Ampunkanlah” nyanyian Ibnu The Jenggot, B-Heart dan Adeep Nahar di semua saluran radio tempatan pilihan anda!
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Domestik Sony Music Entertainment Malaysia